Bengkel Penyuntingan Visual TVPSS: Kreatif dengan Capcut
14 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPihak NADI Tambun Tulang, RPA Arau dan Batas Lintang telah bekerjasama menjayakan Bengkel Penyuntingan Visual TVPSS: Kreatif dengan Capcut peringkat sekolah rendah Negeri Perlis 2025. Program ini menghimpunkan 24 buah sekolah dari seluruh Perlis, dengan setiap sekolah diwakili oleh 4 orang pelajar.
Sepanjang bengkel, pelajar diberi pendedahan tentang teknik asas penyuntingan menggunakan aplikasi Capcut sebelum menghasilkan video bertemakan Hari Kemerdekaan. NADI memainkan peranan penting dalam membimbing peserta menguasai kemahiran mengedit video sebagai persediaan sebelum rakaman dijalankan.
Program ini bukan sahaja berjaya meningkatkan kreativiti serta kemahiran digital pelajar, malah turut memberi manfaat besar kepada NADI dengan memperkukuh peranan organisasi sebagai peneraju dalam memperkasakan literasi digital dan media kreatif di kalangan pelajar sekolah rendah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: